Jenis Rel ringan

Metrolink di pusat bandar Manchester, England adalah sebuah contoh rel ringan di jalan rayaRel Ringan G:Link Gold Coast berjalan di lalu lalang bercampur, terowong dan lintasan peringkatBeberapa rangkaian rel ringan mempunyai bahagian bawah tanah yang luas, seperti LRT Edmonton di Kanada.Trem Tenerife di Tenerife, Spain beroperasi sebahagiannya di aras jalan, tetapi dipisahkan dengan trafik-trafik lain

Disebabkan oleh perbezaan dalam pentakrifan, amat sukar untuk membezakan apa yang dipanggil rel ringan, dan jenis rel bandar dan komuter yang lain. Sebuah sistem yang dilabel sebagai rel ringan di sebuah bandar mungkin dipanggil sistem trem di bandar lain. Sebaliknya, beberapa laluan yang dilabel sebagai "rel ringan" mempunyai lebih banyak persamaan dengan alihan laju. Sejak kebelakangan ini, istilah baharu seperti metro ringan telah digunakan untuk mentarkifkan sistem kapasiti sederhana ini. Beberapa sistem "rel ringan", seperti Sprinter, mempunyai hampir tiada persamaan dengan rel bandar, dan alternatifnya boleh diklasifikasikan sebagai rel komuter atau rel antarabandar. Di Amerika Syarikat, istilah "rel ringan" telah merangkap pelbagai jenis sistem rel penumpang.

Terdapat perbezaan yang ketara antara beberapa kelas transit aliran ringan. Sistem berupa trem selalunya dua atau tiga kali ganda lebih murah berbanding sistem berupa metro.

Kapasiti rendah

Perbezaan paling susah untuk dibuat adalah antara rel ringan dengan sistem trem. Terdapat banyak persamaan dari segi teknologi, kebanyakan kenderaan dipakai oleh rel ringan boleh dipakai untuk trem, dan menjadi kebiasaan untuk menkategorikan trem sebagai subkategori rel ringan daripada mengasingkan trem sebagai jenis pengangkutan yang berbeza daripada rel ringan. Dua versi biasa trem adalah:

  1. Jenis tradisional, dimana landasan dan tren berjalan di sepanjang jalan raya dan berkongsi ruang dengan lalu lintas. Banyak hentian dibina tetapi tidak banyak usaha dilakukan untuk membuat stesen khas. Kerana berkongsi ruang dengan trafik jalan raya, landasan selalunya tidak jelas kelihatan.
  2. Jenis moden, dimana tren selalunya berjalan di sepanjang hak lalu berasingan, dipisahkan daripada lalu lintas. Tidak banyak hentian dibina dan kebiasaannya penumpang menaiki tren di atas platform. Landasan jelas kelihatan, dan dalam kes tertentu banyak usaha dilakukan untuk mengasingkan trafik melalui signal istimewa, lintasan kereta api berpagar, atau lintasan jejambat.

Kapasiti tinggi

Kebanyakan Laluan Dulwich Hill Sydney menggunakan landasan berasingan disepanjang bekas koridor rel berat

Dalam darjah pemisahan paling tinggi, membezakan rel ringan dengan alihan laju menjadi sukar. Keretapi Ringan Docklands (DLR) London mungkin tidak dianggap sebagai "rel ringan" jika bukan kerana perbezaannya dengan alihan laju London Underground. Di benua Eropah dan Asia, istilah rel ringan semakin banyak digunakan untuk melabel apa-apa sistem rapid transit dengan kekerapan rendah atau tren pendek berbanding sistem rapid massa seperti London Underground atau MRT Singapura. Meskipun begitu, apabila dilihat secara teliti sistem sebegini lebih baik dilabel sebagai metro ringan atau transit rakyat. Sebagai contoh, Laluan 1 dan Laluan 3 di Manila kerap dirujuk sebagai "rel ringan", walaupun kedua-dua laluan diasingkan sepenuhnya daripada trafik lain, kebanyakannya melalui landasan bertingkat. Fenomena ini banyak dilihat di bandar-bandar Asia Timur, dimana laluan metro bertingkat di Shanghai, Wuhan, dan Dalian di Cina; dan Jakarta and Palembang di Indonesia dipanggil laluan rel ringan. Di Amerika Utara, sistem sebegini tidak dianggap sebagai rel ringan.

Sistem campuran

Sistem Ion Wilayah Waterloo, Ontario melibatkan laluan di jalan raya, landasan atas tanah baharu dan landasan keretapi kargo yang ditukar fungsi disepanjang kawasan metropolitan sebanyak 350 000 orang.

Kebanyakan sistem mempunyai ciri-ciri bercampur. Dengan kejuruteraan yang beul, sebuah laluan keretapi boleh melalui di sepanjang jalan raya, kemudiannya ke bawah tanah, dan berjalan di sepanjang jejambat bertingkat. Contohnya, Laluan Emas Metro Rail Los Angeles "rel ringan" mempunyai beberapa seksyen yang secara alternatifnya boleh dipanggil sebagai laluan trem, metro ringan, dan rapid transit. Hal ini kerap berlaku di Amerika Syarikat, dimana tidak banyak perbezaan ketara boleh dilihat diantara pelbagai jenis sistem rel bandar. Pembagunan teknologi untuk trem lantai rendah dan tanpa katenari membolehkan pembinaan sistem campuran dengan laluan bawah tanah yang pendek dan cetek dibawah persimpangan utama boleh dilakukan kerana ketinggian minimum diperlukan adalah sangat kecil berbanding kenderaan rel ringan konvensional.[11]

Kelajuan dan kekerapan hentian

Trem Coast Belgium beroperasi hampir 70km/j dan menghubungkan beberapa pusat bandar dalam laluannya

Di beberapa kawasan, "rel ringan" juga boleh merujuk kepada apa-apa laluan kereta api dengan kelajuan rendah atau hentian kerap dalam jarak yang dekat. Istilah ini diwariskan daripada takrifan lama keretapi ringan di. Sprinter di bandar San Diego area menggunakan DMU dan menyasarkan penumpang rel komuter; namun, kerana laluan ini mempunyai banyak hentian, ia dipanggil rel ringan.

Rujukan kelajuan daripada sistem rel ringan utama, termasuk masa hentian di stesen, dipaparkan bawah.[12]

SistemPurata kelajuan
Baltimore24 mph (39 km/h)
Dallas (Laluan Merah)21 mph (34 km/h)
Dallas (Laluan Biru)19 mph (31 km/h)
Denver (Alameda-Littleton)38 mph (61 km/h)
Denver (Downtown-Littleton)26 mph (42 km/h)
Los Angeles (Laluan Biru)24 mph (39 km/h)
Los Angeles (Laluan Hijau)38 mph (61 km/h)
Salt Lake City24 mph (39 km/h)

Namun begitu, kelajuan maksimum yang rendah tidak semestinya menjadikan ciri-ciri yang membezakan antara rel ringan dan sistem lain. Sebagai contoh, LRV Siemens S70 digunakan di METRORail Houston dan sistem-sistem LRT Amerika Utara yang lain mempunyai kelajuan maksimum sebanyak 106 km/j manakala tren di Metro Montreal yang sepenuhnya di bawah tanah hanya mampu mencapai kelajuan maksimum sebanyak 72 km/j. Kenderaan rel ringan Metro Los Angeles mempunyai kelajuan maksimum yang lebih tinggi daripada kereta api di Metro Montreal atau Kereta Api Bawah Tanah Bandaraya New York.[13] Perbezaan paling ketara adalah Metro Montreal dan Kereta Api Bawah Tanah Bandaraya New York membawa lebih banyak penumpangan berbanding mana-mana sistem LRT Amerika Utara, dan tren mereka mempunyai pecutan lebih tinggi, menjadikan masa antara stesen lebih pendek di kawasan bandaraya yang padat. Kebanyakan sistem rel ringan beroperasi di bandar-bandar kurang padat dan subbandar dimana trafik penumpang yang rendah, tetapi kos yang rendah dan kelajuan maksimum yang tinggi menjadi faktor penting untuk bertanding dengan kereta.

Pertimbangan sistem secara menyeluruh

Banyak sistem rel ringan termasuk sistem lama mempunyai kombinasi bahagian di atas jalan dan asing daripada jalan. Di beberapa negara (terutamanya Eropah), hanya yang kedua dipanggil sebagai rel ringan. Di tempat sebegini, trem berjalan di hak lalu bercampur tidak dianggap sebagai rel ringan tetapi dianggap sebagai trem.

Beberapa sistem, seperti AirTrain JFK di Bandaraya New York, DLR di London, dan Laluan Kelana Jaya in Kuala Lumpur, Malaysia, tidak memerlukan pemandu. SkyTrain Vancouver merupakan perintis kenderaan tanpa pemandu, manakala LRT Scarborough Toronto mengoperasikan kereta api yang sama dengan Vancouver, tetapi menggunakan pemandu. Dalam kebanyakan perbincangan dan perbandingan, sistem-sistem khusus ini secara amnya tidak dianggap sebagai rel ringan.